APA ITU OHP?
OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.
OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuaikan transparensi yang sedang ditayangkan.
Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
OVERHEAD PROJECTOR (OHP)
TRANSPARENSI Dapat mempersembahkan konsep, proses, fakta, statistik, garis kasar, dan rumusan secara visual kepada kumpulan kecil hingga ke saiz besar. Transparesi digunakan bersama dengan OHP (Overhead Projector).
JENIS-JENIS FILEM TRANSPARENSI
TEKNIK PERSEMBAHAN TRANSPARENSI
a. Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
b. Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
c. Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.
d. Animasi
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.
e. Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
Sumber: http://noratika.edublogs.org/2011/08/29/ohp-dan-transparensi/
OHP (Overhead Projektor) ialah sebuah alat tayangan yang direka untuk menjadi alat bantu mengajar. Ia merupakan sejenis alat pengajaran pandang dengar yang telah digunakan sejak 60 tahun dahulu hingga kini. Ia digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan selepas Perang Dunia Kedua. Projektor Overhead dapat memancarkan dan menayangkan imej-imej atau gambar melalui transparensi yang ditulis atau dicetak.
Menurut Kemp (1980) penggunaan Projektor Overhead dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran yang besar.Ia sesuai digunakan di bilik sederhana gelap.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN OHP
-mudah dibawa, digunakan dan disimpan
-boleh digunakan di kelas biasa tanpa menggelapkan bilik
-persembahan boleh dibuat dengan teratur dan sistematik
-transparensi mudah disediakan dan boleh disediakan lebih awal
-maklumat boleh ditambah bila-bila masa walaupun sedang ditayangkan
-menjimatkan masa dan tenaga
-boleh menayangkan objek 3D untuk mendapatkan bayangnya.
PANDUAN MENGGUNAKAN OVERHEAD PROJEKTOR
PANDUAN PENGGUNAAN
PANDUAN UNTUK GURU
Posted by Blog PSZIPSMB at 5/13/2008 03:41:00 PM0 comments
SKRIN OHP
http://www.tooveys.com/cat-sales.asp?CATID=10&page=3&auctionid=&auctiondate=14/08/2009
TEKNIK PENYEDIAAN TRANSPARENSI
- Teknik Tulis Terus(Write on)
-menggunakan pen OHP( kekal/sementara)
- Teknik Tertingkap
–bertutup bahagian demi bahagian
- Teknik Penutup Bulat
-Teknik Berjalur
- Teknik Bertindih
KESELAMATAN DALAM PENGENDALIAN OHP
-wayar
-mentol (sejuk sebelum menyimpan OHP kerana ia akan memendekkan jangka hayat mentol)
PENYELENGGARAAN OHP
Sumber: http://ramizah.edublogs.org/category/bab-8-ohp-dan-transparensi/

- “Write on” / tulis terus
- “Colour” / warna
- “Thermal” / peka haba
- “Print out” / cetak keluar
- “Photocopy” / salin foto

- Sebelum tayangan
- Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada dalam keadaan bersih
- Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-goyang.
- Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
- Pasangkan ON setelah selesai penyambungan
- Letakkan sekeping lutsinar di atas pentas OHP.
- Pastikan kedudukan skrin berada ditempat yang sesuai dan elakkan kesan “Keystone”
PANDUAN UNTUK GURU
- Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya , tunggu sehingga kipas penyejuk larasuhu berhenti.
- Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin.