Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat mendalami dan memahami subjek Teknologi Dalam Pendidikan di bawah bimbingan Puan Hajah Rosnah. Buat kali pertama kalinya, saya belajar untuk membuat laman web sendiri dengan bimbingan Puan Rosnah.Sesungguhnya,inilah salah satu ilmu Allah yang sungguh luas. Alhamdulillah.
Seterusnya, dalam dunia pendidikan,seharusnya dan semestinya seorang guru itu perlu mempelbagaikan kaedah serta teknik dalam sesi pengajaran kepada murid-murid agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar serta emosi murid-murid dalam keadaan seronok untuk mempelajari subjek yang mereka pelajari. Ini adalah salah satu faktor terbangsung yang menyumbang kepada tercapainya objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru.
Semoga ilmu yang saya perolehi dapat menjadikan saya kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kelak.