REKA BENTUK GRAFIK
Pendahuluan
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.
Grafik mungkin memberi maksud seperti berikut ?
Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar.Gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.
Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan
Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif.
Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.
Reka Bentuk Visual
- Visual : Sesuatu yang boleh diperhatikan
- Alat komunikasi yang lebih konkrit
Visual ( Realistik @ Kurang realistik )
Ciri-ciri visual yang baik :
Elemen Reka Bentuk Visual
- Ruang
- Warna
- Garisan
- Jalinan/ permukaan ( Tampak @ Sentuh )
- Bentuk 3 Dimensi ( 3D Sebenar/ Konkrit ), ( 3D Tiruan/ Ilusi Gambar )
- Rupa 2 Dimensi (Bentuk Geometri/ Organik )
Prinsip Reka Bentuk Visual yang mengandungi 6 prinsip dalam reka bentuk visual supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan iaitu C.A.S.P.E.R.
C - Contrast (kontras)
A - Alignment (Seimbang)
S - Simplicity (Simplisiti)
P - Proximity (Penyatuan)
E - Emphasis (Dominan)
R - Repetition
Peralatan Penghasilan Grafik
Kamera Digital dan scanner merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Alat pengimbas (Scanner) merupakan satu peralatan yang membolehkan kita memasukkan gambar ke dalam komputer. Alat pengimbas berfungsi seperti mesin fotostat. Alat pengimbas ini membuat salinan dalam bentuk digital yang boleh digunakan dan dilihat di skrin komputer. Dengan alat pengimbas, kita bolehlah memasukkan gambar ke dalam komputer dan kemudiannya gambar tersebut boleh digunakan untuk ditambah kepada dokumen, diubah untuk dijadikan gambar latar dan sebagainya.

- Fotografik
- Elektronik
- Grafik
Ciri-ciri visual yang baik :
- Mudah dan jelas
- Mesej dapat ditafsir
- Mendorong interaksi yang aktif
- Membantu memfokuskan perhatian
Elemen Reka Bentuk Visual
- Ruang
- Warna
- Garisan
- Jalinan/ permukaan ( Tampak @ Sentuh )
- Bentuk 3 Dimensi ( 3D Sebenar/ Konkrit ), ( 3D Tiruan/ Ilusi Gambar )
- Rupa 2 Dimensi (Bentuk Geometri/ Organik )
Prinsip Reka Bentuk Visual yang mengandungi 6 prinsip dalam reka bentuk visual supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan iaitu C.A.S.P.E.R.
C - Contrast (kontras)
- 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara.
- Ideanya adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.
- Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.
A - Alignment (Seimbang)
- Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
- 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
- Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
S - Simplicity (Simplisiti)
- Rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
- Mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat.
- Hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
- Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
P - Proximity (Penyatuan)
- Perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan.
- Diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
E - Emphasis (Dominan)
- Pusat penumpuan atau minat.
- Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.
R - Repetition
- Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu