Tajuk 3 : Media Pengajaran dan Pengajaran Media
Konsep Media
Media atau medium bermakna saluran komunikasi yang membawa maklumat. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, dan sebagainya. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna.
Pervical dan Elington (1984) membahagikan media kepada dua, iaitu
a) Pelbagai Alatan Fizikal Teologi Pendidikan
- Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita dan sebagainya.
b) Pelbagai Saluran Komunikasi Semasa
- Ini termasuklan surat khabar, radio dan televisyen.
Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermaksud guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.
Torkelson (1972) pula membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.
a) Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu.
b) Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Mesej boleh
disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, symbol dan sebagainya.
c) Saluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar.
Konsep Media Pengajaran
Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran.
Kemp dan Smellie (1984), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.
Ngui Kuan Sang (1989) pula mengemukakan media pengajaran merupakan satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Secara ringkasnya, media pengajaran boleh ditafsirkan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Fungsi Media Pengajaran dalam pengajaran
Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut merupakan fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran,
a) Pengajaran Bersama Pengajar (Pembantu Guru)
- Ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.
- Contohnya, Guru menggunakan muzik, carta, gambar rajah dan sebagainya.
b) Pengajaran Tanpa bergantung kepada Pengajar (Pengganti Guru)
- Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan.
- Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.
- Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi latihan untuk menjawab.
c) Folio Bermedia (Media dalam Folio Pembelajaran)
- Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu.
- Folio biasanya menrangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.
- Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka.
- Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran “dengan” media(learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentaksir maklumat, menyusun maklumat yang ada dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.
d) Pengajaran Tematik
- Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula daripada perkongsian pengalaman yang diikuti dengan perkongsian kepakaran. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.
- Contohnya, lawatan ke tempat bersejarah, industri tempatan dan sebagainya.
e) Pendidikan Jarak Jauh
- Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.
- Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.
- Ruang berbual, papan bulletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.
f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa (Media dalam Pendidikan Khas)
- Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya.
- Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada.
- Manakala bagi pelajar pekak, teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka seperti alat-alat bantu dengar.
PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran terbahagi kepada dua:
Pengkelasan Media

- Media Cetak
- Media bukan cetak
Pengkelasan Media
- Media tayang kaku transparensi, slaid, dan mikrofilem
- Media tayang bergerak pita video, cakera padat digital, dan filem
- Bahan grafik lukisan, poster, kartun, carta, dan graf
- Gambar kaku gambar foto, kad imbasan, dan poskad
- Bahan pameran 3-dimensi model, boneka, diorama, dan pupet
- Papan paparan @ pameran papan kapur,papan putih papan flanel,papan buletin
- Media audio pita kaset, cakera padat, dan komputer
- Media cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah,risalah